thinking out loud
Sunday, 22 November 2015 | 07:44 | 0 comments
pretty hurt -beyonce
seronoknya mereka
menjadi kaku tangan ini
sayu wajahku melihatmenjadi kaku tangan ini
hati ini mulai iri dengan yang ditatap
air mata ditadah sedikit demi sedikit
fikiran otak ini tertumpu
kepada sesuatu yang kecil bagi orang ramai
tapi cukup besar memenuhi seluruh jiwa ini
cinta yang ditanam
tetapi tidak pernah rasa wujud
disebabkan beberapa perbezaan yang bertukar
dan diubah pada suatu masa itu
telah mengubah erti persahabatan yang sepatutnya
diingati dan dihargai
selalu diri ini rindu
tetapi adakah tepuk sebelah tangan
bagai berdiri sebelah kaki
apa dan bagaimana rasa ini
hanya mampu menonton dari jauh
tetapi adakah rindu soalnya
wahai sahabat
yang bawah ni kawan aku kasi ( ayat dia sangat woww hahah)
-22/11/2015 , 11:42pm
sakit kepala ini sakit
dadaku bagai tertusuk
perlahan tetapi amat menyakitkan
penantian yang tiada tuju tiada permulaannya
walaupun baru semalam kita bermesra
kata kata manis itu takkan aku lupakan
harapan yang diberikan rupanya memeritkan
sudah tergantung
kenangan dulu
pengakuan yang tidak diketahui
cuma diri merasai detik kita
namun diganggu beratus tanda tanya
engkau beriaksi seakan aku kau punya
sangat bahagia namun
itu hanya mainan fikiran
kerana kebenaran yang tidak terungkap
sesungguhnya itu amat menyakitkan
walaubagaimanapun
aku redha jika tidak ditakdirkan
hanya sebagai tempat mengadu
aku cukup gembira
mampu berdoa agar diberi yang terbaik
dan jika kenangan dulu itu menjadi takdir
semoga engkau yang terbaik buat diriku
untuk membuat aku bahagia
memandang diriku sebagai seorang gadis
sesorang wanita
dijaga dihormati dan disayangi
-27/11/2015 , 2:09 a.m
berakhir.
berakhir kenangan itu
kisah silam yang tidak dizahirkan
hanya batin yang merasa seksa
kecelaruan minda kegusaran hati
kini berakhir
penuh janggal
pengganti.
bukan pengganti
tetapi cahaya baharu yang memenuhi dada
mengisi jiwa kosong ini
dengan kasih yang ikhlas
menjadi sebab untuk tersenyum
setiap hari setiap malam
penuh bermakna
takdir.
jika betul takdir
berdirilah sebagai yang terbaik
cukup baik untuk membimbingku
memimpin erat jejari ini
ya Allah satukanlah mereka ini
dengan limpahan keberkatan
kemanisan kebahagiaan
rezeki yang mengalir dariMu
penuh rahmah
-19/6/2016 , 8:58 am
bulan nian indah bersinar menyinari bumi
matahari petah bercahaya menerangi dunia
sungguhpun mekar bunga di taman ayanda bonda
tidak serupa indahnya hidupku dulu dulu
saat denganmu
jantungku kencang ia berdegup menyentak dada ku
kacau bilau fikiranku setiap malam setiap mimpi
bayanganmu dalam setiap senja setiap pagi
membuatkan ku tidak berhenti tersenyum mengukir senyuman
yang disukai oleh yang dirindui
penuh sabar banyak berdoa ke hadrat ilahi
memohon agar rinduku tiba bak angin
untuk menyentuh pada hati si putera tercinta
yang memenuhi dendangan jiwa anak dara
si tuan puteri jelita
walaupun hidup kita kini berjauhan
bertentangan waktu tempat latar dan cara
selain bonda dan ayahanda tercinta,
nama mu turut tidak pernah dilupakan
dalam setiap sujud akhir solatku
-3/8/2016 12.21a.m-
kali pertama,
terlakar sebuah pertemuan perkenalan
bersalaman bergelak ketawa ceria
setelah itu ia cuma seketika
saat kau dingin dan cemburu
dengan sahabat mu yang berteman dengan ku
kebudak budakan dirimu menjadi batu api
yang telah menjarakkan kita
sesungguhnya itu juga sementara
setelah bulan berganti bulan
kau redha dan menerima kenyataan
tangan dengan tangan sudah berjabatan
kali kedua,
sesungguhnya jawatan itu amanah,
memimpin berdakwah dan contoh
ku akui dengan semangat dakwahmu
tetapi beringatlah temanku
setiap manusia yang kita bertemu
mempunyai latar yang tidak dijangka
dan mungkin tidak dari dasar agama
yang sehebat didikan yang diberikan kepadamu
irama lagu yang dinyanyikan haruslah menepati
jiwa dan hati semua telinganya
agar faedahnya baik dan berkekalan
jelas peranan pendakwah yang kau pikul
sebagai pendosa tiada noktah
diriku mengerti hati sutera telinga itu
memahami kepedihan pemberontakan
kerana sakit dengan irama yang bak sempurna
namun merosakkan niat hijrah
oleh segelintir penghijrah
yang tinggal berharap dan terkapai kapai
kali ketiga,
menjadi takdir hidupku
untuk menghadapi karenahmu
sebagai cabaran yang bermanfaat
di masa depan ku kelak
bukan ku hendak mengalah
tetapi dengan kemenangan yang didapati
boleh menutup mulut itu
tidak terdaya lagi segala pendapat ku
membuang air ke daun keladi
baki tiga bulan penantian
ya Allah tabahkan hati ku
lancarkan hari hari kami
sabar yang tinggi
sungguh ya Allah
30/8/2016 , 11.21pm

Basecode by; 